[Video] “Lagak Diva! Komen Sombong, Muka Ketat” -Komen Persembahan Aiman Tino Dan Achey, Netizen Kritik Farah Nabilah?

Baru-baru ini pelawak Achey dan penyanyi Aiman Tino bergandingan bersama dalam rancangan Bintang Bersama Bintang Minggu ke-3.

Achey dan Aiman yang berlakon sebagai pemancing berjaya mencuri hati peminat, sudah pasti persembahan yang diberikan lawak dan menghiburkan!

Malah rata-rata memuji Aiman Tino yang tidak kekok dan kayu ketika berlakon di atas pentas berkenaan.

Namun kehadiran pelakon baru Farah Nabilah sebagai juri jemputan nampaknya tidak disenangi orang ramai. Rata-rata berpendapat bahawa Farah masih tidak layak memberikan komen kerana masih baru dalam industri hiburan.

Bahkan mereka juga menyatakan bahawa Farah bersikap berlagak, diva dan mempamerkan mimik muka sombong kepada peserta pertandingan tersebut.

Ekoran isu berkenaan, Farah memilih untuk menutup ruangan komen ketika memuat naik gambar bersama Saiful Apek di laman Instagramnya.

Pelakon baharu Farah Nabilah memohon maaf jika ada yang menganggap dirinya berlagak dan bersikap ‘diva’ ketika menjadi juri program Bintang Bersama Bintang(BBB) pada malam Ahad lalu.

Farah, 25, berkata, dia memberi komen pada malam berkenaan secara ikhlas dan terpulang kepada netizen untuk menerima atau tidak.

“Minta maaf jika komen saya terlalu negatif ke terlalu diva ke terlalu berlagak ke? Saya komen yang ikhlas saja. Tidak boleh terima takpe. Lagi pun hari ini first day PMS. Silap la,” tulisnya di Instagram.

Terdahulu, Farah dikritik tidak layak menjadi juri program lawak BBB yang bersiaran secara berlangsung pada malam Ahad.

Farah memuat naik status memohon maaf pada malam Ahad.

Penonton program tersebut meluahkan rasa kurang senang terhadap pelakon berkenaan yang dikatakan membuat mimik muka sombong dan berlagak ketika memberi komen kepada peserta-peserta pertandingan itu.

Mereka turut berkata, Farah atau popular dengan watak Aisy dalam drama Titian Cinta itu seperti tidak faham dengan lawak-lawak yang dipersembahkan pada malam berkenaan.

Farah dijemput menjadi juri undangan bersama juri tetap pelawak terkenal Saiful Apek pada program tersebut.

“Juri muka ketat, macam berlagak tapi komen entah apa-apa. Juri jemputan ambillah yang ada pengetahuan dan betul-betul layak,” ujar salah seorang netizen.

Komen netizen di laman Instagram milik TV3 yang kurang berpuas hati dengan Farah Nabilah.

Sementara itu, Farah yang turut menutup ruangan komen Instagram itu berkata, dia berbuat demikian bukan kerana takut dikecam, sebaliknya enggan netizen berbalah di laman sosial itu.

“Saya tutup komen sebab tidak mahu korang buat dosa free. Bukan takut pun,” ujarnya.

Sumber Instagram Farah Nabilah via kisah dunia